Dana Sambung Study

Monday, January 16, 2012

Randomly Said



Assalamualaikum

gambar sumber ihsan inche Google

Kita sering tertanya-tanya.
Kenapa kita masih belum berpunya?
Apa kurangnya kita berbanding mereka yang sudah berpunya?
Nah! Ini jawapannya..
Kalau kita nak orang itu terima kita seadanya,
kita jua harus terima orang  itu seadanya..Tidak boleh mengeluh mahupun membandingkan si dia dengan mereka yang lain.
Kita juga kena bleajar terima kekurangan serta kelebihan diri yang ada pada diri kita sendiri.
Sekiranya tak jumpa, selongkar lah dalam diri kerana setiap insan itu pasti ada terselit kelebihannya yang tiada pada orang lain.

Masalahnya,

Kadang-kadang kita terlampau rendah diri
Malu dengan keadaan fizikal kita..Malu dengan apa yang kita miliki.
Kita segan nak bercakap dengan orang lain sebab kita takut dipersendakan.
Sometimes kita jadi hipokritikus bila berhadapan dengan orang yang kita suka.
Ya! Aku tahu memang sakit
Bila wajah yang menjadi penanda aras
Bila kecantikan yang menjadi pengukur
Bila bentuk badan yang dijadikan batu asas
dalam sesuatu kriteria pemilihan itu
Namun itulah manusia

Seringkali diprovok dengan kecantikan yang bersifat sementara
Takut jadi bahan umpatan masyarakat sekeliling
Sekiranya pasangan kita itu tak secantik Siti Nurhaliza ataupun setampan Aaron Aziz
Tapi pada hakikatnya
Yang hensem itu Nabi Yusuff
Yang menawan itu Aisyah
Harus diingat! Kita bukan mereka
Kita hanya manusia biasa
Sebab itu kita kena terima diri kita dulu
Macamana nak orang terima kita kalau kita sendri tak terima diri kita sendiri?

Tapi..Bukankah setiap manusia yang dicipta oleh Allah itu cantik pada dasarnya?
Jadi kenapa perlu meletakkan kriteria-kriteria yang tertentu untuk menentukan seseorang itu cantik atau tidak?
Kecantikan bukan penentu kebahagian tapi dari kebahagian itu akan terserlah kecantikan.

Dalam hidup, kita perlukan dua perkara untuk bahagia..Sabar dan Syukur. Bukan Cantik dan Kaya. Itu hanya kelebihan yang Allah pinjamkan kepada manusia agar dapat kita lihat kebesaran Nya yang mampu mencipta pelbagai jenis ragam serta rupa bentuk manusia. 
Amaran keras : Ini hanya pendapat aku!Tiada kaitan dengan siapa-siapa.Maceh! =)

Sunday, January 15, 2012

Sand and Stone



Assalamualaikum


This is a story that tells us about two friends who were walking through the desert. During some point of the journey, they had an argument, and one friend slapped the other one. The one who got slapped was hurt but did not say anything. He just wrote on the sand : " TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED MY FACE"

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one, who had been slapped, got stuck in the mire and started to drown but the friend saved him. After he recovered from the near drowning, he wrote on the stone : " TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE".

The friend who had slapped and saved him, asked a question to him, "I saw that after I hurt you, you wrote on the sand and now you write on a stone, why?"

He replied : " When someone hurts us, we should write it down on the sand where winds of forgiveness can erase it away. But when someone doing a good deed for us, we must engrave it on the stone so that no wind can ever erase it. =) "
-The End-
Setiap orang akan membuat kesilapan sama ada kecil atau besar. Tiada guna kita menyimpan dendam kerana dendam hanya akan memakan diri dan akan membuatkan hati kita makin hitam dan busuk. Sebaliknya maafkanlah kesilapan yang telah mereka lakukan kerana tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Sedangkan Nabi mengampunkan umatnya apatah lagi kita sesama manusia...Ukirlah senyuman walaupun disakiti kerana senyuman itu merupakan rawatan kepada duka, penawar kepada amarah, penyeri kepada semangat yang lemah dan penyembuh kepada jiwa yang kosong.DAN kenanglah setiap kebaikan yang pernah dilakukan kepada kita.   

Saturday, January 14, 2012

Korang Jawab Korang Dapat Hadiah


Assalamualaikum..

Agak-agak la kan, korang punya minda tuh tahap mana eh? Maksud aku weak ke, normal ke, high ke.. Kalau korang tanya aku punya..Jawapan dia => Aku dah test dan keputusan dia IQ aku normal. Maknanya aku tak la terlebih pandai dan aku tak la kurang pandai. Ngam-ngam la senang ceritanya kan. Jadi korang tak payah la tanya aku soalan yang luar alam ke luar dalam ke. Memang dua tiga tahun lepas tuh baru aku boleh jawab soalan korang. Lain la kalau korang tanya aku soalan macam " aku nak belanja kau nie..Kau nak tak?"
Bagi aku soalan yang macamnie konpem laa aku jawab time tuh jugak tanpa perlu tunggu masa yang lama.

Sama jugak bila orang duk tanya aku, bila aku nak kahwin? kalau makcik-makcik kat kampung, aku nak jawab macamnie boleh tak? => " Saya tunggu suami makcik masuk meminang saya"..Haish..Mak saya pon tak bising taw makcik..releks ah makcik..awal lagi nak kahwin pun..apa kata makcik kahwinkan dulu anak dara makcik tuh..Paling tidak, dapat jugak saya penuhkan perut saya dengan makanan kenduri anak makcik tuh. Lagipun mak saya kata, tak boleh langkah bendul, kalau langkah longkang tak apa.

Yang nie pun mencabar minda aku jugak. kenapa la gadgets aku suka rosak time last-last sem? kenapa awal-awal sem gadgets nie taknak rosak? Pening aku nak fikir macamana nak tampung cost bagai tahu tak. Tak pasal-pasal aku kena buat cash budgeting. Kena cut cost makan, cost shopping. Tak masuk lagi bab depreciation, retained earning yang aku dapat dari mak aku.. Cuba lah senangkan minda aku di saat-saat hujung sem nie..Buat amal jariah sikit. Kalau korang nak hulurkan sumbangan dekat dak nie pon boleh jugak.

Last. Sangat mencabar minda dan kewibawaan aku sebagai seorang pelajar. Dah tahu IQ aku normalkan, tak payah la bagi aku soalan-soalan yang luar dari kemampuan IQ aku. Choiii...Exam final pun masih mau troll ka adek manis?? Banyak kesian la dekat ini budak.. Ayooo..Dey minachi, ini budak aa nasib tidak pengsan dalam dewan masa tengok lu punya soalan owh..Kalau dah rupa ini soalanya, macam mana aku nak jawab?Dengan abang-abang pengawas yang ohsem tuh kerjanya duk lalu lalang tepi aku.Tak boleh nak concentrate tahu tak?!

Kalau korang boleh jawab soalan nie, aku bagi korang hadiah

Oke motif aku buat karangan panjang-panjang macam nak hantar dekat pemeriksa kertas nie ada dekat perenggan last.Aku nak cakap aku tak boleh jawab soalan kertas Financial Management I. Soalan dia macam yang kat dalam gambar tuh la. Huwaaaaa!! T_T














Wednesday, January 11, 2012

Jodoh Dan Takdir




gambar sumber ihsan inche google



Assalamualaikum


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan 
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

-MISK-

korang penah terfikir tak siapa sebenarnya jodoh korang?ustazah aku ada pesan zaman aku ribena dulu, dia kata kalau awak nak jodoh yang baik, awak patut start berdoa pada ketika awak berada di tingkatan dua lagi.

#sepatutnya ada lagu tapi disebabkan masalah2 tertentu, aku terpaksa buang..

p/s : macamana boleh terlari entry nieh..patot keluar pasal exam pada 10/01/2012..haish..postpone later laa..

Saturday, January 7, 2012

Hati


=====================================================

Assalamualaikum..

gambar ehsan inche google


Duhai hati..
Dah kupesan..Jangan jatuh pada orang sembarangan.

Jangan dirindu pada yang bukan-bukan..
Ingin kutetapkan dalam mu wahai hati.

Siapa yang berhak dirindui..
Tapi sayang..Kau sungguh degil untuk menerima tetapanku.
Bila kau sakit, aku turut merasainya.
Bila kau luka, aku turut merasai pedihnya.
Berhentilah daripada menyakiti diri mu sendiri wahai hati.
Sesungguhnya penat untuk kau menjaga hati yang lain sedangkan dirimu sendiri tak terjaga.

======================================================




Buat kak miss eyza maceh sebab tag..nanti 1 day before tarikh tutup kita buat eh...sekarang hati tak keruan ah..hurmm..=)

psst : tumpang gembira dekat kawan yang baru kawen sebab bakal menjadi seorang ibu..=)
 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona