Dana Sambung Study

Sunday, February 26, 2012

Kemerepekan Kemerapuan







Assalamualaikum..

Dah dekat sebulan blog nie sepi dari sebarang khabar berita. Bukan sebab si penglipulara malas nak hapdate tapi tuntutan tanggungjawab si penglipulara yang bertimbun-timbun menyebabkan penglipulara terpaksa melupakan sebentar pasal kehadiran blog ini.. * apa yang aku merapu nie mak jemahh?!!* Aku rasa dah berhabuk-habuk dah blog nie sampai kalau kita sedut guna vacuum pon tak mampu.. Kehkehkeh..
Sorry peeps.. Bukan tak nak hapdate tapi tuntutan tugas lagi tinggi berbanding tuntutan untuk menghapdatekan blog nie. Sobss.. Malam nie baru tergerak jari jemari untuk menekan keyboard serta meng-click button publish post.. Hidup di semester keempat telah pun bermula pada minggu lalu. Hari-hari yang dilalui makin terasa bahang kesibukannya. Bilik tidur kini umpama bilik persinggahan sahaja.. Haish.. Tak boleh jadi macamnie..
I haveto change~~~~



Monday, January 16, 2012

Randomly Said



Assalamualaikum

gambar sumber ihsan inche Google

Kita sering tertanya-tanya.
Kenapa kita masih belum berpunya?
Apa kurangnya kita berbanding mereka yang sudah berpunya?
Nah! Ini jawapannya..
Kalau kita nak orang itu terima kita seadanya,
kita jua harus terima orang  itu seadanya..Tidak boleh mengeluh mahupun membandingkan si dia dengan mereka yang lain.
Kita juga kena bleajar terima kekurangan serta kelebihan diri yang ada pada diri kita sendiri.
Sekiranya tak jumpa, selongkar lah dalam diri kerana setiap insan itu pasti ada terselit kelebihannya yang tiada pada orang lain.

Masalahnya,

Kadang-kadang kita terlampau rendah diri
Malu dengan keadaan fizikal kita..Malu dengan apa yang kita miliki.
Kita segan nak bercakap dengan orang lain sebab kita takut dipersendakan.
Sometimes kita jadi hipokritikus bila berhadapan dengan orang yang kita suka.
Ya! Aku tahu memang sakit
Bila wajah yang menjadi penanda aras
Bila kecantikan yang menjadi pengukur
Bila bentuk badan yang dijadikan batu asas
dalam sesuatu kriteria pemilihan itu
Namun itulah manusia

Seringkali diprovok dengan kecantikan yang bersifat sementara
Takut jadi bahan umpatan masyarakat sekeliling
Sekiranya pasangan kita itu tak secantik Siti Nurhaliza ataupun setampan Aaron Aziz
Tapi pada hakikatnya
Yang hensem itu Nabi Yusuff
Yang menawan itu Aisyah
Harus diingat! Kita bukan mereka
Kita hanya manusia biasa
Sebab itu kita kena terima diri kita dulu
Macamana nak orang terima kita kalau kita sendri tak terima diri kita sendiri?

Tapi..Bukankah setiap manusia yang dicipta oleh Allah itu cantik pada dasarnya?
Jadi kenapa perlu meletakkan kriteria-kriteria yang tertentu untuk menentukan seseorang itu cantik atau tidak?
Kecantikan bukan penentu kebahagian tapi dari kebahagian itu akan terserlah kecantikan.

Dalam hidup, kita perlukan dua perkara untuk bahagia..Sabar dan Syukur. Bukan Cantik dan Kaya. Itu hanya kelebihan yang Allah pinjamkan kepada manusia agar dapat kita lihat kebesaran Nya yang mampu mencipta pelbagai jenis ragam serta rupa bentuk manusia. 
Amaran keras : Ini hanya pendapat aku!Tiada kaitan dengan siapa-siapa.Maceh! =)

Sunday, January 15, 2012

Sand and Stone



Assalamualaikum


This is a story that tells us about two friends who were walking through the desert. During some point of the journey, they had an argument, and one friend slapped the other one. The one who got slapped was hurt but did not say anything. He just wrote on the sand : " TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED MY FACE"

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one, who had been slapped, got stuck in the mire and started to drown but the friend saved him. After he recovered from the near drowning, he wrote on the stone : " TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE".

The friend who had slapped and saved him, asked a question to him, "I saw that after I hurt you, you wrote on the sand and now you write on a stone, why?"

He replied : " When someone hurts us, we should write it down on the sand where winds of forgiveness can erase it away. But when someone doing a good deed for us, we must engrave it on the stone so that no wind can ever erase it. =) "
-The End-
Setiap orang akan membuat kesilapan sama ada kecil atau besar. Tiada guna kita menyimpan dendam kerana dendam hanya akan memakan diri dan akan membuatkan hati kita makin hitam dan busuk. Sebaliknya maafkanlah kesilapan yang telah mereka lakukan kerana tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini. Sedangkan Nabi mengampunkan umatnya apatah lagi kita sesama manusia...Ukirlah senyuman walaupun disakiti kerana senyuman itu merupakan rawatan kepada duka, penawar kepada amarah, penyeri kepada semangat yang lemah dan penyembuh kepada jiwa yang kosong.DAN kenanglah setiap kebaikan yang pernah dilakukan kepada kita.   

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona