Dana Sambung Study

Thursday, December 2, 2010

bercinta ngn bus????



Tahu tak korang bahawa cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg sedang menunggubas.Bila bas tu datang, korang tengok bas tu dan korang kata pada diri korang,"Eee... penuhnya.., tak de tempat duduk." Jadik, korang pun ambil keputusan untuk biarkan bas tu berlalu dan korang tunggu pulak bas yg lain.Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Korang tengok bas tu dan korang akan cakap, "Eee... bas ni buruk sangat... mesti tak selesa. Mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, korang pun biarkan bas buruk tu berlalu dan korang bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, takpenuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni korang kata, "Emmm....takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yg lain, yang adaair cond." Dan sekali lagi korang biarkan bas tu berlalu dan korang bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru korang perasan ygkorang dah terlambat rupanya. Korang mula panik dan gabra. So, korang ambik keputusan untuk terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas tu penuh,takder air-cond, buruk ataupun tak sebegitu sempurna. Dan bila korang dah naik,kemudian barulah korang sedar bahawa... korang dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni korang dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg korang nak. Hakikatnya, walaupun mungkin yg datang tu adalah bas yang kosong,cantik dan berair-cond, tapi adakah korang dapat pastikan bahawa bas tu akan berjaya bawak korang ke destinasi dengan selamat dan selesa? Adakah korang dapat pastikan bas tu tak akan rosak di tengah jalan? Adakah korang dapat pastikan bas yang beraircond tu tak terlalu sejuk untuk korang?

Jadik, mengingini apa yg korang idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salahjuga kalau korang sanggup memberi peluang kepada orang lainkan? Kita mungkinrasa bas yang kita impikan dan kita suka itu adalah yang terbaik buat kita tapihakikatnya apa jua mungkin berlaku. So, tak salah kalau kau beri ruang mahupunpeluang kepada orang lain. Pendapat aku, sekiranya korang dapati"bas" tu tak sesuai dengan korang, apa yg perlu korang lakukan,hanyalah tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Namun, korang semua mungkin ada pengalaman yang macam ni. Korang nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg cantik dan selesa yang korang nanti-nanti kan), korang tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak korang dan terus berlalu tinggalkan korang!

Hahahaha.... Bila ada bas yang buat perangai macam tuh, apa yang kebanyakan orang lakukan ialah cuba mengejar bas tu. Sebenarnya, itu bukanlah satu tindakan yang bijak sebab setiapkali korang mengejar, korang hanya akan semakin penat, memalukan diri bahkan mungkin akan terjatuh dan menyakiti diri korang sendiri. Tak kurang juga yang alami peristiwa di atas, ambil keputusan untuk berjalan kerana give-up menunggu bas. Ini juga bukan tindakan bijak kerana bila korang berjalan, korang sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas. Sama ada korang nak naik atau tidak, itu semua terpulang pada diri korang sendirik. Terdapat situasi yang pelbagai, namun harapan kita cuma satu, semoga bas yang kita naiki dapat sampai ke destinasinya dengan selamat dan selesa. Bagaimana? Terpulanglah pada akal dan jiwa korang...

p/s: kena tendang ngn pintu bus pon best gak..ahaks

0 orang sEdaNg MeRePek ^^:

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona