Dana Sambung Study

Wednesday, March 23, 2011

emosi vs rasional



Assalamualaikum...
  piiiin piiin..berdasarkan apa yg telah aku baca yg mana bersumberkan mcm2 bahan...
dapatla aku simpulkan bahawasanya sekiranya kita putus cinta ataupun yg seangkatan dengannya..jangan lah biarkan diri kita dikawal oleh emosi walaupun pada hakikatnya putus cinta,frust bercinta itu sakit yg amat..setelah bersulam kasih bertahun2 n dalam sekelip mata ianya musnah..ingat! ianya adalah satu ujian dari ALLAH yg perlu kita hargai n syukuri..
kenapa??

  sebab, pandangan kita xdapat menembusi rahsia d sebalik kejadian yang ditentukan oleh ALLAH terhadap kita. selepas sekian lama  kita menghadapi sesuatu kesusahan itu,baru lah kita sedar akan hikmah d sebalik perpisahan kita dengan org yg paling kita kasihi,sayangi dan bermacam2 .....i lagi la..=)
   " siapa yang paling mencintai kita dan siapa yg sering kita sia2 kan??" itu adalah petikan dari salah seorang philosopher Barat..cubalah renungkan siapakah yg dimaksudkan oleh beliau..sekiranya kita fikir secara mendalam,kita akan mendapat jawapannya..haruslah kita semat dalam hati kita bahawasanya ALLAH itu MAHA MENGASIHI dan akan sentiasa mengasihi kita..akan tetapi, DIA lah TUHAN yang sering kita sia-sia kan.
   sesungguhnya alam ini ialah sebuah sekolah yang amat besar dan luas silibus nya.kita semua adalah pelajarnya dan apa yg penting sekolah ini adalah free of charge..disebabkan ianya adalah foc maka kita perlu belajar secara berterusan ntuk memahami setiap proses PnP yg diadakan ntuk kita.hidup kita adalah satu siri pembelajaran yang telah tersusun rapi dan perlu bagi kita memahami serta menghayatinya sepanjang hayat kita dikandung badan.
sekiranya kita dapat fahami pelajaran2 ini,maka mereka akan menjadi cahaya serta lampu suluh kpda kita ntuk dijadikkan sebagai panduan hidup agar kita dapat menjalani nya dengan ketenangan dan bahagia d masa hadapan..tetapi, sekiranya kita GAGAL ntuk memahaminya,probability ntuk kita "frust" berkali2 adalah tinggi. bersyukurla sekiranya kita dipilih ntuk menjadi insan yg merasai nikmat putus cinta kerana xsemua orang dapat merasai nikmat tersebut dan ianya adalah teguran dari DIA agar kita memperbaiki hubungan kita dengan NYA..
   jika diikut secara zahirnya, segala sebab dan akibat yg berlaku adalah berpunca dari kita tetapi kita harus sedar bahawasanya secara hakikinya segala yg berlaku datangnya dari ALLAH dan perkara2 tersebut xkan berlaku tanpa izin ALLAH kerana DIA sesungguhnya ingin mendidik kita agar kita berubah ke arah kebaikan..
  JANGAN IZINKAN ORANG LAIN HATTA KEKASIH HATI MENGAWAL HIDUP KITA. sepertimana kata2 yg pernah dititipkan oleh bijak pandai " WE CANNOT DIRECT THE WIND BUT WE CAN DIRECT OUR SAIL" yang mana membawa maksud kita tidak boleh menentukan takdir yg kita terima tetapi kita diberi kuasa oleh NYA ntuk mentadbir diri kita sendiri.
   akhir kalam,cabaran kita bukanlah nutk mengawal perubahan cuaca kehidupan tetapi untuk mengubah diri supaya dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yg bakal kita hadapi..apabila kita frust dalam bercinta,maka terimalah bahawa ianya merupakan hakikat hidup yang perlu kita hadapi. hidup bukanlah serba sempurna. hidup tak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup yang sebenar.
" sesungguhnya orang yg berkali2 gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya"

tetiba aku teringat ngn lirik lagu nie..

"jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.

ujian yang adalah tarbiyyah dari ALLAH,
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya,
kesenangan yang datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari tuhan..."

sumber i luv islam...


p/s : alamak! kuiz ekonomi!!!



0 orang sEdaNg MeRePek ^^:

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona