Dana Sambung Study

Wednesday, August 15, 2012

|| Cemburu ||

Assalamualaikum.



Semua orang pasti pernah merasai perasaan cemburu itukan. 
Cuma yang membezakannya cara kita kawal dan jugak kuantiti cemburu itu. 
Seringkali orang kaitkan apabila bercinta, pasti ada cemburunya kerana cemburu itu tanda sayang. 
Tapi pada dasarnya, cemburu itu ada di mana-mana. 
Kadang-kadang tanpa melibatkan sebarang perhubungan pun, seseorang individu itu pasti terselit rasa cemburunya di dalam hati.
Apabila cemburu bermaharajalela di dalam hati, maka akan tersemburlah pelbagai kata-kata yang nusta untuk menutup cemburu itu.
Fikiran pun kurang menjadi waras kerana hati telah ditakluki oleh perasaan cemburu itu.
Kadang-kadang melalui perasaan cemburu seseorang itulah, kita dapat mengesan bahawa yang sebenarnya orang itu ambil berat tentang kita.
Harus diingat! Tak semua cemburu itu penuh dengan aura negatif.
Adakalanya yang positif itu datang menjenguk kita secara diam.







P/s : thanks sebab still wish even me buat endah tak endah. terharuu. :')

Sunday, August 12, 2012

Keliru lagi?

Assalamualaikum.

Memula nak cakap yang :

                                       ==
                                            ||
                                              ==>



sebab masih dalam keadaan yang





untuk memilih yang mana untuk my future nanti



Tuesday, August 7, 2012

|| Idea Kering ||

Assalamualaikum

Memandangkan si tuan empunya belog nie kekeringan idea tahap tak hengat. Sampai nak buat entry pun dah macam orang nak buat ketupat tapi takde daun palas, beras pulut apa suma tuh. Haish. Jadik. Inilah yang terhasil apabila tuan empunya blog nie kebosanan tahap petala kelapan..

Tadaaaa~~





kalah budak tadika kan~ heheh..  :)

Monday, August 6, 2012

Segmen " Di mana Anda Beraya Bersama Phat Corner Part 2'

Assalamualaikum.

Memandangkan akak Eyza Gojes Mojes nie rajin mengetag kecik dua tiga hari nie. Maka kecik pon mengjoinkan la diri. Mana nak taw kan, untung2 dapat tambah kawan lagi. Tak gitu? Heheh.



sape2 nak join, click banner atas nie :)

Meh kecik jawab meh, mana kecik beraya tahun nie.

Tadik ada jugak tanya mak. Mana nak beraya kan.. "Mie, mana kita beraya tahun nie? Kat sini jugak ke? Kenapa kita tak beraya kat kampung ke? Kita memang takde kampung ea?" **Soalan dah macam polis pencen.. Then, penuh dengan nada keibuannya beliau menjawab.. " Laa, tahun nie pon kita beraya kat sini la. Nie kan kampung kita." Tergaru-garu kejap kepala. Heheh, kecik dah tersengih kecomelan gaya kerang busuk. Dah tahu, lagi mau tanya kan.

Macam tahun2 yang sudah, kecik akan beraya bersama keluarga di Tanah Merah, Kelantan. Rumahku Syurgaku.. **Tetiba.. Aktiviti pulak, macam biasa. Pagi, lepas siap2 semua, kitaorang akan bergerak ke masjid untuk semayang sunat Aidilfitri, pehtu gerak ke kubur nenek, atuk sebelah abah. Dah siap semua tuh, baru balik rumah then beratur untuk bersalam-salaman plus adegan kutip duit raya bersama mereka yang telah bekerjaya.. Hikk.. Lepastuh, apalagi.. Sesi bergambar posing sakan laa. Ngee.. Dah makan-makan, kitorang gerak ke rumah sedara-sedara abah yang ada kat sini. Ikut turn la kan. Biasanya dalam 2 hari jugak. Lepas tu baru gerak ke kampung belah mak pulak. Then kitorang tunggu la sape2 yang nak datang rumah.. Hee :) Tapikan , since kecik punya rumah nie duk tepi jalan, maka takde la sangat suasana kekampungan. Sobss.. Nak main bunga api pon sesama kitorang aje. Kumpul kanak2 ribena yang ada tambah bapak2 ribena tuh, then main la dengan penuh syok sendiri..

Oke, itulah kisah di mana kecik beraya.. Oh, lama dah tak balik Terengganu. :(
Err, inche inspektor Shahab, kecik punya cerita nie menepati piawaian tak? hiikk

Kecik nak tag semua pembaca entry nie. :) Hihi..

Sunday, August 5, 2012

Apabila Fibox Buat Hal. =.="

Assalamualaikum.

Grrrr.. Sakit kejap hati. Tataw la samada memang dah tak boleh nak dibukak ataupun ada sangkut paut dengan lappy yang budak nie duk guna. Lepas pikir tunggang terbalik, akhirnya budak nie buat keputusan nak tukar balik ke cbox. Sobss.. Tapi malangnya, dah tak sama dengan apa yang budak nie nak.. T_T
Cakap panjang-panjang pon bukan boleh kembalikan balik. *gaya sedih abeh

Nie la hasilnya..

masa guna fibox



dah bertukar ke cbox

**tak puas hati..

Friday, August 3, 2012

Contest "Sapo Nak Kad Rayo?"

Assalamualaikum.


Haa.. Since miss eyza duk cakap yang budak nie asek duk relax2 je kat umah, maka dengan penuh kebanggannya beliau mengeTAG budak nie untuk join contest yang dianjurkan oleh
mr. ATOK.
Mr. ATOK nie cakap beliau nak bagi kad raya free kalo sape2 menang. *sambil bayangkan kad raya atok dah smpai kat pintu rumah*
eh. lupa. ad jugak la adiah smpingan. kalo mengkome suma nak taw. sila la jenguk2 umah Mr. ATOK tuh ye.





kalo awak semua nak join, sila click gambo yg budak nie dah tempek kat atas nie ea. :)

nak tag erm. haa.. nak tag cik nisa

Give up~

Assalamualaikum.

Orang selalu duk pesan : " Dont ever give up", " Jangan mengalah",  "Jangan putus asa"
Tapi tahukah anda bahawasanya pada suatu masa nanti, akan tiba waktunya di mana seorang individu akan merasa lelah dengan apa yang diusahakan dan akan berkata : "Sorry, I give up"
Bukan kerana tidak yakin dengan apa yang telah diusahakan.
Namun terkadang rasa itu datang apabila individu telah hilang semangatnya, lesap fokusnya, lemas tanpa sokongan, dan sesat dalam perjalanan.
Berilah sedikit ruang dan waktu kepada mereka agar mereka boleh kembali kepada diri mereka yang asal.
Usah dihentam, usah dipaksa kerana itu hanya akan membuatkan mereka lagi tersepit.
Tersepit di antara kehendak hati dan kehendak individu lain.
Yang mana patut mereka pilih?
Ini akan membuatkan mereka semakin putus asa dan kusut hingga kelam dalam mencari solusi.
Dan lama kelamaan mereka juga akan kehilangan diri mereka sendiri akibat daripada tekanan yang dialami.
Bantulah mereka dengan memberi sokongan moral.
Bukan dengan menghentam secara oral.



**pada mulanya ada rasa nak bgi chance tapi bila dengar sebab2 tuh. maaf. feeling tuh da terhapus dengan sendirinya.

Thursday, August 2, 2012

Penangan Tempek

Assalamualaikum.

Since ada hamba Allah yang TERmerajuk ngan saya selama 500 saat. Maka terhasil lah entry nie khas untuk beliau. Hikhik..
Ehem2.. 

Ingat nak pos surat tapi malam2 pejabat pos tutupkan. So, saya tempek dalam nie jela surat tuh,*susah payah amek gam uhu nak tempek surat*

Oke, sila baca dengan lafaz Bismillah ye akak Gojes




 **untuk tumbesaran sila click surat tersebut.. :)

ok, got to go rite now..

Wednesday, August 1, 2012

Kehilangan

Assalamualaikum.

sumber dpd inche google



Pasti semua orang pernah merasai kehilangan bukan?
Ketika kecil dulu, bila hilang pemadam kesayangan sudah pasti riuh satu rumah mencari gerangan si pencuri dan rumah tersebut pasti berselerak sebab ingin mencari di mana lokasi pemadam kesayangan itu.
Apabila meningkat remaja, ada yang mungkin kehilangan teman sepermainan kerana sudah bertukar sekolah dan mengikut haluan masing-masing.
Tidak kurang juga ada yang sudah merasai kehilangan ahli keluarga yang tersayang termasuklah kehilangan kedua ibubapanya.
Setelah umur menginjak ke alam dewasa, sebenarnya individu semakin kehilangan.
Kehilangan waktu yang sememangnya penting dalam hidup manusia.
Tidak percaya?
Cuba lihat di sekeliling kita. 
Bagi yang bekerja, mereka sibuk dengan kerjaya tanpa sempat untuk merehatkan tubuh badan.
Bagi ibubapa, mereka sibuk dengan urusan hal rumah tangga serta menjaga anak-anak mereka.
Amat jarang untuk kita lihat pada tika ini untuk mereka bersama-sama dalam melakukan aktiviti kekeluargaan, kejiranan.
DAN.. 
Kehilangan itu suatu yang menyakitkan.
Bukan tidak ingin mencari di mana hilangnya sesuatu itu, namun apakah yang dicari itu mampu memberikan pulangan yang sepertimana diharapkan?
Apabila ianya kembali, sudah pasti kita tidak mahu kehilangannya lagi bukan.
Namun, apabila kita perlu bersaing untuk mendapatkannya agar tidak lagi merasai kehilangan yang sama, adakah kita kuat untuk bersaing?
Mampukah kita?
Tepuk dada tanya diri kita.

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona