Dana Sambung Study

Friday, August 3, 2012

Give up~

Assalamualaikum.

Orang selalu duk pesan : " Dont ever give up", " Jangan mengalah",  "Jangan putus asa"
Tapi tahukah anda bahawasanya pada suatu masa nanti, akan tiba waktunya di mana seorang individu akan merasa lelah dengan apa yang diusahakan dan akan berkata : "Sorry, I give up"
Bukan kerana tidak yakin dengan apa yang telah diusahakan.
Namun terkadang rasa itu datang apabila individu telah hilang semangatnya, lesap fokusnya, lemas tanpa sokongan, dan sesat dalam perjalanan.
Berilah sedikit ruang dan waktu kepada mereka agar mereka boleh kembali kepada diri mereka yang asal.
Usah dihentam, usah dipaksa kerana itu hanya akan membuatkan mereka lagi tersepit.
Tersepit di antara kehendak hati dan kehendak individu lain.
Yang mana patut mereka pilih?
Ini akan membuatkan mereka semakin putus asa dan kusut hingga kelam dalam mencari solusi.
Dan lama kelamaan mereka juga akan kehilangan diri mereka sendiri akibat daripada tekanan yang dialami.
Bantulah mereka dengan memberi sokongan moral.
Bukan dengan menghentam secara oral.



**pada mulanya ada rasa nak bgi chance tapi bila dengar sebab2 tuh. maaf. feeling tuh da terhapus dengan sendirinya.

0 orang sEdaNg MeRePek ^^:

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona