Dana Sambung Study

Monday, July 8, 2013

Sebuah Jawapan

Assalamualaikum

Seawal jam 1.53 pagi, pada ketika seisi rumah sedang diulit mimpi lena, aku masih sedang meneroka tentang perjalanan hidup, mencari-cari erti sebuah kebahagian, menilai erti kasih sayang. Ya! Aku masih lagi mencari sebuah jawapan kepada semua persoalan di minda ku. Apa benar itu yang perlu? Kenapa itu yang terjadi? Bagaimana mungkin ianya terjadi? Mengapa senang benar mereka melafazkannya? Acapkali aku tertanya-tanya tanpa menemui sebarang jawapan yang pasti.


-sekian-


p/s : bila nak bagi kepercayaan pon tataw

Friday, July 5, 2013

The 1st online job

Assalamualaikum.

Saja nak share pasal kerja online nie. Buat sebab saje suka2. Hikk..


click dan komen. dan click dan komen. dan bagi bukti. kuikui


p/s : nasib badan. hmm

Thursday, July 4, 2013

Double Trouble Giveaway 2013 by SPB & SyahirahFS

Assalamualaikum


Double Trouble Giveaway 2013 by Syan Punya Belog & SyahirahFS.

Di Sponsor oleh : 



 ++100 HADIAH UNTUK DIMENANGI!!





Setelah click sana sini, tadaaa... dah join! 

Survey emas sadur korea 24k

Assalamualaikum

Pada saat dan juga ketika ini, neuron-neuron dalam kepala sedang aktif menjalankan kegiatannya iaitu berfikir dan berfikir sehingga menjadi liku-liku yang sukar untuk ditemui jalan pulangnya. Sebaik sahaja menamatkan peperiksaan terakhir pada akhir bulan lepas, perkara yang bermain di fikiran ialah bagaimana nak cari duit agar boleh dibayar hutang piutang PTPTN itu, boleh menampung kehendak nafsu diri serta untuk dijadikan sebagai duit poket ketika menyambung pelajaran nanti.

Nak buat jualan secara online, takut tertipu, ditipu dan kena tipu lagi sekali. Lagipun kebenaran daripada menteri kewangan serta gabenor besar itu amat-amat diperlukan sebagai supporter untuk modal dan jugak keberkatan pendapatan. Jadi, penyudahnya dah dua malam tak dapat tidur dengan nyenyaknya sebab neuron dalam otak nie bergiat dengan super duper aktif tanpa mengenal erti penat. Masa belajar itu hari, takde la pulak dia nak bergiat aktif macamnie. -.-"

Jadi, terasa nak buat survey la pulak. Permintaan terhadap emas sadur 24k nie tinggi ke? Tambah-tambah dah nak puasa dan sekaligus beraya, insya Allah. Bagus ke emas nie? Dan kalau ada sesiapa yang pernah guna, atau jadi pemborong atau agent, boleh la share pendapat anda. =)

Mana la tahu kan, mungkin ianya rezeki tuan tanah tahun nie kan.



Wednesday, July 3, 2013

G.A by Si Arnab Gemok


Assalamualaikum!




*click banner utk join*


Ohoiiii orang kampung pinang berbatang-batang sekalian, moh le kita join G.A nie beramai2. Mana nak taw ada rezeki we ols ke kan. hiiikk.. :)
** thanks to arnabgemok sebab sudi jemput**


p/s : when its nothing to be.... -.-



Tuesday, July 2, 2013

Short Segmen by Syiera






Assalamualaikum 







 KLIK BANNER UNTUK JOIN !








HANYA SEMINGGU !!!  








HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI








SABUN AQURA - 2x



WANG TUNAI RM 10 - 3x



BUKU ISLAMIK - 1x



BAWAL SATIN - 3x



NATURGO MASK - 1x



SHISEIDO WHITE MASK - 1x



INSTANT HIJAB - 3x








PEMILIHAN PEMENANG



100% RANDOM








GOOD LUCK !!!









Tutorial daftar ChurpChurp dan cara tempek ChurpChurp


Assalamualaikum..

Since aku baru je menukar balik iklan-iklan dalam blog aku nie. Maka, aku dengan penuh keayuannya ingin mengajak mengkome-kome yang tak pasang sebarang iklan tuh untuk pasang iklan dalam blog mengkome.
Sebenarnya pening jugak kepala tadik sebab dah lama tinggal arena tempek menempek dana bantuan nie kan. So, godek sana godek sini, jumpa jugak cara-cara yang betul. #Alhamdulillah. 

Oke, bagi yang memula nak daftar ChurpChurp nie, 


CLICK SINI!

1. korang kena daftar sini dulu.

2 . Sign in With Facebook > Log in > Allow

3. Authorize With Facebook > Authorize With Twitter (jika ada) Jika tiada > Skip

4. Setup Your Churp-Churp Account (Isi semuanya secara detail dan betul!)

5. Tekan UPDATE !

6. Lepas tekan Update , tekan pula bahagian SETTINGS

7. Isi profile dengan betul . (Nama penuh , Alamat , No Tel)* Penting untuk Hantar Cheque*

8. Then , SAVE ! Lepas tu pergi dekat SURVEY pulak . (Tick mana korang suka) . SAVE .

9. Pergi dekat Rewards . (Untuk copy kempen/iklan untuk masukkan ke dalam blog !)

oke, dah setel part tuh, mcamana pulak nak copy gedebek2 iklannya?

haa, langkah seterusnya :




sepatutnya yg dekat earn more tuh share now. tapi sebab aku dah share jadi la earn more. kihkih. haa. kawang2, jangan lupa click dkat share now tuh kalo nak dapatkan link-link.

kemudian, 


right click untuk copy image URL

seterusnya


boleh pilih samada untuk click yang dekat link itu atau save and copy. utk part nie, korang semua kena rajin untuk scroll ke bawah dan ke bawah dan ke bawah.

dah click copy image URL bagai tuh, nak tempek tang mana, ye idak? oke kat sini aku amek code dpd blog miss lina

<center>
<a href="LINK CHURP 1" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 1" width="90" height="90" /></a>
<a href="LINK CHURP 2" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 2" width="90" height="90" /></a>
<a href="LINK CHURP 3" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CHURP-CHURP 3" width="90" height="90" /></a>
</center>




yang warna biru tuh, korang ganti dengan link yang step keempat tuh
warna merah pulak, ganti dengan URL gambar tadik :)

tadaaa~ senang kan.. hiikkk, Selamat mencuba! :)



thanks to : Lyssa and amalinalee


Monday, July 1, 2013

Sapu Sawang


Assalamualaikum.

Test2! Haa kau. Berbulan tak disapu sawang-sawang serta debu-debu kat blog nie. Nampak gaya kena buat gotong-royong secara berjemaah macam nie. Kasi bersih sikit ini blog. Dah terbersin-bersin aku nya pon. Haachummmm..Since aku dah pon habis belajar kat UUM, Insya Allah kalau tak ada aral melintang, maka dengan penuh sukacita aku akan buat gotong-royong dan berblogwalking since dah lama aku tinggal kerja tetap aku sebagai penganggur terhormat. Itu pun sebelum bermulanya internship aku.

Btw, aku mengalu-alukan kedatangan para pembaca serta pelawat-pelawat di teratak kecik aku nie cumanya kalau boleh jangan la spam aku. Jenuh taw dak nak picit-picit untuk buang, nie kira aku baik hati tak block semua spammers yang ada. 


#perliteghuk

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona