Pada saat dan juga ketika ini, neuron-neuron dalam kepala sedang aktif menjalankan kegiatannya iaitu berfikir dan berfikir sehingga menjadi liku-liku yang sukar untuk ditemui jalan pulangnya. Sebaik sahaja menamatkan peperiksaan terakhir pada akhir bulan lepas, perkara yang bermain di fikiran ialah bagaimana nak cari duit agar boleh dibayar hutang piutang PTPTN itu, boleh menampung kehendak nafsu diri serta untuk dijadikan sebagai duit poket ketika menyambung pelajaran nanti.
Nak buat jualan secara online, takut tertipu, ditipu dan kena tipu lagi sekali. Lagipun kebenaran daripada menteri kewangan serta gabenor besar itu amat-amat diperlukan sebagai supporter untuk modal dan jugak keberkatan pendapatan. Jadi, penyudahnya dah dua malam tak dapat tidur dengan nyenyaknya sebab neuron dalam otak nie bergiat dengan super duper aktif tanpa mengenal erti penat. Masa belajar itu hari, takde la pulak dia nak bergiat aktif macamnie. -.-"
Jadi, terasa nak buat survey la pulak. Permintaan terhadap emas sadur 24k nie tinggi ke? Tambah-tambah dah nak puasa dan sekaligus beraya, insya Allah. Bagus ke emas nie? Dan kalau ada sesiapa yang pernah guna, atau jadi pemborong atau agent, boleh la share pendapat anda. =)
Mana la tahu kan, mungkin ianya rezeki tuan tanah tahun nie kan.
0 orang sEdaNg MeRePek ^^:
Post a Comment