Haa. Kalinie aku nak berkongsi rules yang perlu korang taw seandainya korang dah mula menjejakkan kaki ke tempat keja.
1. Senyum
First day korang masuk kerja, perkara pertama yang korang kena lakukan ialah senyum dengan semua orang. Tak kisah lah orang tu cleaner ke, tea lady ke, despatch ke driver ke apatah lagi kalau big boss! Kenal tak kenal, korang senyum je. Lagipun, senyum tu kan satu sedekah. Orang taknak peduli dengan senyuman korang? Pedulikan. Janji korang dah senyum.
2. Usha Line
Maksud usha line kat sini bukan lah usha line untuk korang usha calon-calon awek ke pakwe ke isteri mahupun suami. Korang kena hadamkan dulu cara dorang bekerja, cara komunikasi dorang. Bukan apa, takut nanti dapat chop kurang ajar. Haaa. No good No good. Tapi janganlah korang tak bertegur sapa langsung. Nanti tak pasal-pasal dapat title Inche/ Che Kera Sumbang. Belajar cara komuniti kat tempat korang bekerja. Tengok apa yang dorang suka berbual, suka buat tapi jangan pulak korang main redah je ikut semua benda. Apa orang dulu-dulu kata. Ikut biar yang benar, yang salah letak tepi. Ada faham?
3. Bertanya
Haa. Sebagai orang baru, sila ringan-ringankan mulut korang tu untuk bertanya sekiranya korang takde kerja nak kena buat ataupun korang tak faham apa yang perlu dibuat. Jangan berat mulut dan jangan jangan jangan sesuka hati buat keputusan sendiri walaupun korang rasa keputusan korang tulah yang paling bagus. Kita taktahu isi hati orang. Ye idak? Kemudian, memang lah suruh bertanya tapi kena tengok jugak tempat dan keadaan dan jugak kepada orang yang korang nak rujuk tu. Almaklum laa, dorang kan dah senior, so, sebagai junior, kenalah pandai MENGHORMATI dorang. *aku tak setuju part nie*
4. Tanggapan
Semua orang mesti la ada tanggapan sendiri kat sesape. Kan Kan. Tapi janganlah semua tanggapan tuh negatif aje sebab nanti reflect kat diri sendiri. Dahla buat tanggapan negatif, lepastu beza-bezakan taraf pulak. Mana boleh macamtu. Tak baik!
Rules sebenarnya banyak lagi yang ak nak kongsi tapi masa tak mengizinkan. Jadinya...
-to be continue-
p/s : selamat berpuasa!
0 orang sEdaNg MeRePek ^^:
Post a Comment