Dana Sambung Study

Wednesday, March 5, 2014

Cuci-Cuci

Assalamualaikum.

Almost tujuh bulan tak conteng2 sini dek kerana kekangan masa. Well, itu alasan semata-mata. Hahaha.

Dah habis pon zaman belajar, zaman praktikal yang kadang-kadang seronok kadang-kadang rasa azab! Tapi sejujurnya rindu gila dekat zaman dekat kampus dulu. So many things I can do with dearest friends yang gila-gila yang macam apa tah sorang-sorang punya perangai. Time exam orang duk sibuk menelaah, aku ngn bestie aku pulak ikut suka je nak buat apa, kadang-kadang sampai ke Changlun semata-mata nak g cuci mata. Hahaha. Tapi somehow somewhere in the line, alhamdulillah, keputusan masih boleh disenyum-senyumkan. *nak suruh dibangga-banggakan tak boleh* Hakhak.

Sekarang dah masuk alam pekerjaan yang sebenar. *takdan nak golek-golek kat rumah lelama*

Banyak yang aku belajar sebenarnya bila masuk ke dunia sebenarnya nie. Setiap hari yang aku lalui kat sini, pasti ada perkara yang baru untuk aku belajar dalam mengenal erti sebenar dunia pekerjaan. Bila dah lama kat sini, umur tidak menjadi hal. Janji kerja dah lama, jawatan pon *boleeeela*, so, bole suka hati nak marah sana sini nak sembur sana sini.  Bukanlah nak mengeluh tapi ada banyak perkara yang aku tak faham dan masih mencari-cari jawapan kepada persoalan yang duk berlari-lari dalam kepala nie haa.

Sekarang dah 0835 am, aku nak chow dulu. Nak pegi isi perut, kang satg kalau aku lambat, aku kena marah pulak. Orang lain buat takpe, aku buat tak boleh! Orang lain bising takpe, aku bising kena marah sindir! Pendek kata, kena duk diam-diam kat meja. Tak boleh bercakap, tak boleh nak BERTANYA. -.-"

-to be continue-

:: Permudahkanlah jalan hambaMU ini Ya Allah ::

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona