Dana Sambung Study

Tuesday, November 27, 2012

What do I feel


Assalamualaikum





Jujur aku katakan bahawasanya aku tak suka tentang perkara itu.
Maaf sebab terdetik di dalam hati akan perasaan itu.
Aku cuma takut.
Takut untuk menghadapinya nanti pada masa akan datang.
Aku taknak ianya berlaku sekali lagi pada masa depan.
Aku tak rasa aku akan kuat untuk menghadapinya.
Aku bukan seorang yang penyabar pada hakikatnya.
Aku tak suka bila aku kena mengalah sentiasa.
Aku tak suka bila aku kena berlagak aku tak rasa apa-apa.
Aku tak suka bila orang mudah-mudah untuk menganjing aku.
Aku tak suka bila kau sesedap rasa nak cakap itu ini tentang diri aku.
Aku tak suka bila kau rasa kau lebih bagus.
Aku tak suka bila kau berlagak hebat dengan aku.
Aku tak suka bila kau kutuk-kutuk aku dan segala yang terlibat dengan perihal aku.
Aku tak suka bila aku kena ikut apa yang kau cakap ibarat kau seorang ketua yang bagus.
Aku tak suka bila aku tak reti untuk katakan TIDAK kepada sesuatu perkara.
Aku tak suka bila aku mengambil tindakan untuk diamkan diri tapi dituduh aku sentap.
Aku tak sukaa!!

Aku cuma manusia biasa yang pada hakikatnya punya rasa.
Aku cuma insan kerdil yang banyak khilaf.
Aku buat macamtu dekat orang dengan harapan orang itu akan buat balik seperti mana aku lakukan.
Ada orang pernah berpesan : kalau kita nak orang layan kita sepertimana yang kita nak, jadi kita harus layan seseorang itu dengan cara tersebut.
" What you give, you will get it back"



p/s : kadang2 berkias itu lebih baik daripada bercakap direct selling sebab ada kemungkinan orang yang kita direct selling-kan itu akan berdendam dengan kita.

Thursday, November 15, 2012

-Untuk Awak-





to : inche pakwe

(15 November 2012)


Sedar tak sedar, dah genap 7 bulan la kan kita kenal. Thanks sebab sabar dengan ego saya, kerenah saya, mulut saya yang kadang-kadang macam popcorn yang baru nak masak tuh, kadang-kadang yang macam ada emas permata dalam mulut. Tak masuk lagi bab yang selamba badak saya kutuk-kutuk awak, kemudian tak pasal-pasal kena marah dengan saya. Hehe. Maaf! Tapi macam saya kata, saya tunjuk siapa saya yang sebenar depan awak. 

Minta maaf my mr B.

Saya taknak janjikan apa-apa yang indah sebab saya takut tak dapat nak tunaikan janji tuh.
Saya taknak bagi harapan yang tinggi menggunung sebab saya takut nanti ianya hancur berkecai.
Saya nak biasa-biasa sebab saya takut nanti kalau jodoh kita panjang, awak dah bosan dengan saya.
Saya dah terbiasa dengan janji-janji yang palsu mengenai hati dan perasaan, sebab tu saya takut nak percaya dekat awak.
Saya takut nanti awak akan buat perkara yang sama. 

Tapi saya nak awak tahu yang

Saya memang sayang awak cuma saya tak reti nak luahkannya dalam bentuk kata-kata    yang romantik.
Saya mula terima awak secara perlahan-lahan tapi tak still not macam dulu lagi.
Saya takut untuk merasai kehilangan buat sekalian kali nya.
Walaupun sekeliling saya ramai lelaki yang duk tegur, borak-borak apa semua dengan saya, tapi saya tetap dengan awak.

Lupa pulak nak cakap. Hikhik. Maaf. Selamat ulangbulan ulangtahun perkenalan yang ke tujuh bulan. Assume as ulangtahun la ye awak. Ngee
sincerely from : miss makwe comot


Saturday, November 10, 2012

-EGO-



Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum.



EGO.
Satu perkataan yang sering disalah erti oleh segenap manusia.
Seringkali dikaitkan dengan ego yang mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.
Sedangkan pasti ego itu berlaku kerana ada asbabnya.
Mudah untuk tunding jari lalu cop " oh. Dia nie orang yang ego"
Apa standand yang ditetapkan untuk menentukan ego atau tidak individu tersebut?
Namun, ada betulnya apa yang dikatakan oleh mereka yang cerdik pandai.
Ego memandu kita ke arah keburukan.
Disebabkan oleh ego, sesuatu hubungan boleh musnah tidak kira apa jua perhubungan.
Kerana ego, kawan makan kawan.
Kerana ego, tiada kata-kata maaf serta perkataan yang indah yang menyapa sepi telinga.
Kerana ego jugalah, mata seakan buta dengan kebaikan yang telah dilakukan.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali mencabar ego seseorang itu.
Kerana kita harus ingat!
Disebabkan oleh ego lah, manusia akan berubah.
Dari yang lurus bendul akan menjadi seorang yang keras jiwanya.
Dari yang sopan jadi kasar.
Dari yang baik hati akan jadi bongkak!

Kita tidak mampu untuk menjangka apa yang seseorang individu itu boleh lakukan
apabila dicabar egonya.
Ibarat kata pujangga ;

Orang yang tidak pernah tunjuk egonya itu lah sebenarnya orang yang mempunyai ego yang tinggi.

p/s : maaf! saya tiada kompromi dalam perihal hati dan perasaan.

Saturday, November 3, 2012

- Indah -



Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikum.

sekadar gambar hiasan
Pagi, petang, siang dan malam.
Kelihatan ramai orang sibuk berjalan ke sana ke mari.
Mengejar masa mungkin.
Atau juga mungkin sedang mengejar sesuatu yang penting.
Tapi mungkin sekadar untuk beraksi sebagai orang yang sibuk.

Namun di celah-celah kesibukan orang kota dalam menjalankan rutin harian mereka.
Masih ada yang tersadai lemah di tepi kaki lima.
Mengharapkan belas ihsan daripada orang kota yang poketnya sihat walafiat.
Ada juga yang mengharapkan insan-insan sempurna fizikal ini membeli apa yang mereka jual.
Tidak kurang mereka yang berjalan tanpa hala tuju yang pasti.

Terbit di dalam hati sang insan yang kerdil;
"APAKAH AKU JUA AKAN JADI SEPERTI MEREKA PADA SUATU MASA NANTI?"
dan juga terlintas di hati kecil;
" USIANYA MUNGKIN LEBIH KURANG USIA BAPAKU, MOHON DIJAUHKAN"

Ada yang membawa anak kecil untuk meminta sesuap rezeki.
Kasihan anak kecil itu kerana perlu menghadapi kehidupan dalam keadaan yang tidak sepatutnya di alami oleh anak-anak yang seusia itu.
Namun ada baiknya apabila dari kecil diajar untuk bersusah payah dalam mencari rezeki.
Kuberdoa agar anak kecil itu akan berjaya dalam hidupnya nanti dan mampu mengubah nasib keluarganya.

Namun itulah warna-warna kehidupan.
Jika semua koceknya sihat gebu, siapa yang akan ke laut menangkap ikan?
Jika semua insan goyang kaki macam bos besar, siapa yang buatkan rumah, bangunan dan sebagainya?
Dan pasti dunia ini akan terasa bosan.


p/s : aku kesian tapi kadang2 aku jadi takut.. 

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona