(15 November 2012)
Sedar tak sedar, dah genap 7 bulan la kan kita kenal. Thanks sebab sabar dengan ego saya, kerenah saya, mulut saya yang kadang-kadang macam popcorn yang baru nak masak tuh, kadang-kadang yang macam ada emas permata dalam mulut. Tak masuk lagi bab yang selamba badak saya kutuk-kutuk awak, kemudian tak pasal-pasal kena marah dengan saya. Hehe. Maaf! Tapi macam saya kata, saya tunjuk siapa saya yang sebenar depan awak.
Minta maaf my mr B.
Saya taknak janjikan apa-apa yang indah sebab saya takut tak dapat nak tunaikan janji tuh.
Saya taknak bagi harapan yang tinggi menggunung sebab saya takut nanti ianya hancur berkecai.
Saya nak biasa-biasa sebab saya takut nanti kalau jodoh kita panjang, awak dah bosan dengan saya.
Saya dah terbiasa dengan janji-janji yang palsu mengenai hati dan perasaan, sebab tu saya takut nak percaya dekat awak.
Saya takut nanti awak akan buat perkara yang sama.
Tapi saya nak awak tahu yang
Saya memang sayang awak cuma saya tak reti nak luahkannya dalam bentuk kata-kata yang romantik.
Saya mula terima awak secara perlahan-lahan tapi tak still not macam dulu lagi.
Saya takut untuk merasai kehilangan buat sekalian kali nya.
Walaupun sekeliling saya ramai lelaki yang duk tegur, borak-borak apa semua dengan saya, tapi saya tetap dengan awak.
Lupa pulak nak cakap. Hikhik. Maaf. Selamat ulangbulan ulangtahun perkenalan yang ke tujuh bulan. Assume as ulangtahun la ye awak. Ngee
sincerely from : miss makwe comot
1 orang sEdaNg MeRePek ^^:
wahh, suwwit gituu. ye, jangan terlalu bagi harapan kan. just go with the flow. moga jodoh panjang :)
Post a Comment