Dana Sambung Study

Saturday, November 3, 2012

- Indah -



Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikum.

sekadar gambar hiasan
Pagi, petang, siang dan malam.
Kelihatan ramai orang sibuk berjalan ke sana ke mari.
Mengejar masa mungkin.
Atau juga mungkin sedang mengejar sesuatu yang penting.
Tapi mungkin sekadar untuk beraksi sebagai orang yang sibuk.

Namun di celah-celah kesibukan orang kota dalam menjalankan rutin harian mereka.
Masih ada yang tersadai lemah di tepi kaki lima.
Mengharapkan belas ihsan daripada orang kota yang poketnya sihat walafiat.
Ada juga yang mengharapkan insan-insan sempurna fizikal ini membeli apa yang mereka jual.
Tidak kurang mereka yang berjalan tanpa hala tuju yang pasti.

Terbit di dalam hati sang insan yang kerdil;
"APAKAH AKU JUA AKAN JADI SEPERTI MEREKA PADA SUATU MASA NANTI?"
dan juga terlintas di hati kecil;
" USIANYA MUNGKIN LEBIH KURANG USIA BAPAKU, MOHON DIJAUHKAN"

Ada yang membawa anak kecil untuk meminta sesuap rezeki.
Kasihan anak kecil itu kerana perlu menghadapi kehidupan dalam keadaan yang tidak sepatutnya di alami oleh anak-anak yang seusia itu.
Namun ada baiknya apabila dari kecil diajar untuk bersusah payah dalam mencari rezeki.
Kuberdoa agar anak kecil itu akan berjaya dalam hidupnya nanti dan mampu mengubah nasib keluarganya.

Namun itulah warna-warna kehidupan.
Jika semua koceknya sihat gebu, siapa yang akan ke laut menangkap ikan?
Jika semua insan goyang kaki macam bos besar, siapa yang buatkan rumah, bangunan dan sebagainya?
Dan pasti dunia ini akan terasa bosan.


p/s : aku kesian tapi kadang2 aku jadi takut.. 

3 orang sEdaNg MeRePek ^^:

res ipsa liquitor said...

da kesian nk tkut wtpe ????:p

anna_nana said...

@res ipsa liquitor
lol. da takut.. nak wat camno. ades

shedameor said...

yess, warna warni kehidupan. adat hidup di dunia, berlumba mengejar kejayaan. siapa kalah, pasti tercicir. insaf :)

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona