Dana Sambung Study

Saturday, November 10, 2012

-EGO-



Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum.



EGO.
Satu perkataan yang sering disalah erti oleh segenap manusia.
Seringkali dikaitkan dengan ego yang mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.
Sedangkan pasti ego itu berlaku kerana ada asbabnya.
Mudah untuk tunding jari lalu cop " oh. Dia nie orang yang ego"
Apa standand yang ditetapkan untuk menentukan ego atau tidak individu tersebut?
Namun, ada betulnya apa yang dikatakan oleh mereka yang cerdik pandai.
Ego memandu kita ke arah keburukan.
Disebabkan oleh ego, sesuatu hubungan boleh musnah tidak kira apa jua perhubungan.
Kerana ego, kawan makan kawan.
Kerana ego, tiada kata-kata maaf serta perkataan yang indah yang menyapa sepi telinga.
Kerana ego jugalah, mata seakan buta dengan kebaikan yang telah dilakukan.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali mencabar ego seseorang itu.
Kerana kita harus ingat!
Disebabkan oleh ego lah, manusia akan berubah.
Dari yang lurus bendul akan menjadi seorang yang keras jiwanya.
Dari yang sopan jadi kasar.
Dari yang baik hati akan jadi bongkak!

Kita tidak mampu untuk menjangka apa yang seseorang individu itu boleh lakukan
apabila dicabar egonya.
Ibarat kata pujangga ;

Orang yang tidak pernah tunjuk egonya itu lah sebenarnya orang yang mempunyai ego yang tinggi.

p/s : maaf! saya tiada kompromi dalam perihal hati dan perasaan.

3 orang sEdaNg MeRePek ^^:

FADZ said...

yup...den setuju ego akan membuatkan seseorang berubah..tp den rasa bila makin tua makin egolah..hahah

nice to meet u..assalamualaikum..=)

anna_nana said...

@Fathul Farisah

waalaikumussalam..
kaannn.. mslhnya sy mkin muda. acane? :P

ibnuismaini said...

Orang yg ego tinggi susah nak ngaku salah.

pssst, lelaki ego tinggi. hehe.

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona