Dana Sambung Study

Tuesday, July 31, 2012

K.U.S.U.T

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum



Pada tika ini, minda ini entah merewang ke mana.
Terasa seperti neuron-neuron yang ada di dalam otak ini seakan-akan berselirat sana sini tanpa mengikut jalannya.
Dan sesekali terasa ingin melarikan diri daripada segala macam yang sedang berenang-renang di dalam kotak kepala.
KUSUT! 
Ya, itulah yang sedang aku alami sekarang.
Aku cuba untuk bersikap rasional namun kadangkala tersungkur aku dengan kejayaan emosi.
Sudah aku luahkan rasa namun jawapan yang aku terima tidak menepati piawai skema yang telah aku tetapkan.
Ah! Kadangkala aku lemas dalam dunia aku sendiri.
Lemas dalam mimpi yang diukir sendiri.
Kerana bagi aku mimpi itu indah.
Fantasi itu dapat membuatkan aku terbuai indah.
Berbanding dengan realiti yang aku hadapi.
Aku tak pasti apa yang aku inginkan sebenarnya.
Aku keliru. 
KELIRU dalam mencari solusi.
DAN....................
Apa yang aku harus lakukan?

1 orang sEdaNg MeRePek ^^:

misz_eyza said...

sori sayang kalau jawapan sis tidak menepati standard piawaian ISO kamu... itu hanya pandangan dari sudut akak dan tak semstinya kamu harus ikut ye...



p/s : patutlah sms tak berjawab ekk...

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona