Dana Sambung Study

Monday, January 16, 2012

Randomly Said



Assalamualaikum

gambar sumber ihsan inche Google

Kita sering tertanya-tanya.
Kenapa kita masih belum berpunya?
Apa kurangnya kita berbanding mereka yang sudah berpunya?
Nah! Ini jawapannya..
Kalau kita nak orang itu terima kita seadanya,
kita jua harus terima orang  itu seadanya..Tidak boleh mengeluh mahupun membandingkan si dia dengan mereka yang lain.
Kita juga kena bleajar terima kekurangan serta kelebihan diri yang ada pada diri kita sendiri.
Sekiranya tak jumpa, selongkar lah dalam diri kerana setiap insan itu pasti ada terselit kelebihannya yang tiada pada orang lain.

Masalahnya,

Kadang-kadang kita terlampau rendah diri
Malu dengan keadaan fizikal kita..Malu dengan apa yang kita miliki.
Kita segan nak bercakap dengan orang lain sebab kita takut dipersendakan.
Sometimes kita jadi hipokritikus bila berhadapan dengan orang yang kita suka.
Ya! Aku tahu memang sakit
Bila wajah yang menjadi penanda aras
Bila kecantikan yang menjadi pengukur
Bila bentuk badan yang dijadikan batu asas
dalam sesuatu kriteria pemilihan itu
Namun itulah manusia

Seringkali diprovok dengan kecantikan yang bersifat sementara
Takut jadi bahan umpatan masyarakat sekeliling
Sekiranya pasangan kita itu tak secantik Siti Nurhaliza ataupun setampan Aaron Aziz
Tapi pada hakikatnya
Yang hensem itu Nabi Yusuff
Yang menawan itu Aisyah
Harus diingat! Kita bukan mereka
Kita hanya manusia biasa
Sebab itu kita kena terima diri kita dulu
Macamana nak orang terima kita kalau kita sendri tak terima diri kita sendiri?

Tapi..Bukankah setiap manusia yang dicipta oleh Allah itu cantik pada dasarnya?
Jadi kenapa perlu meletakkan kriteria-kriteria yang tertentu untuk menentukan seseorang itu cantik atau tidak?
Kecantikan bukan penentu kebahagian tapi dari kebahagian itu akan terserlah kecantikan.

Dalam hidup, kita perlukan dua perkara untuk bahagia..Sabar dan Syukur. Bukan Cantik dan Kaya. Itu hanya kelebihan yang Allah pinjamkan kepada manusia agar dapat kita lihat kebesaran Nya yang mampu mencipta pelbagai jenis ragam serta rupa bentuk manusia. 
Amaran keras : Ini hanya pendapat aku!Tiada kaitan dengan siapa-siapa.Maceh! =)

11 orang sEdaNg MeRePek ^^:

Hanna said...

hmmm kadangkadang kecantikan tu jugak akan memakan diri kita balik.bersyukurlaa dgn apa yg ada kan?

Princess Fiona Bini Shrek said...

@Hanna
yup..dats ryte dear...bersyukur dgn apa yg ada..=)

Woofer Storm said...

sy memang tak cantik,pasal itu orang tak pndang...hahaaa

Tapi syukur apa yang ada..

Princess Fiona Bini Shrek said...

@Woofer Storm
ahaha...memang le kamoo xcantik..adess...

yupp...syukur dgn apa yg ada..

Aida Omar said...

benar tu dear.. sekarang memang ramai macam tu, ada yang mula2 dapat terima tapi lama2 tak boleh nak terima. Hakikatnya rupa paras luaran hanya bonus.

Cik Gee said...

iya.. gee setuju sgt2.. :')

Princess Fiona Bini Shrek said...

@Aida Omar
yup sis..rupa paras luaran itu satu bonus sekiranya kita memilikinya.. =)

Princess Fiona Bini Shrek said...

@Cik Gee
=)

caer sasuke said...

cantik luar x bermakna cantik dalam =)

Pondok Usang said...

ayuh.. ubah peribadi.. yg paling penting doa, hajat dan istiqarah.. =)
Salam Maulidur Rasul..

BrilliantWriter said...

Saya suka pandangan awak.
Betul2, dan.. sepatutnya setiap kali kita tertarik dengan sesuatu yg ada dekat seseorang itu, contohnya, kecantikan rupa dia ke, ingat balik satu perkara.

Siapa yang jadikan dia sebegitu? So, kembalikan segala pujian2 itu kepada Allah swt. =))

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona