Dana Sambung Study

Wednesday, August 1, 2012

Kehilangan

Assalamualaikum.

sumber dpd inche google



Pasti semua orang pernah merasai kehilangan bukan?
Ketika kecil dulu, bila hilang pemadam kesayangan sudah pasti riuh satu rumah mencari gerangan si pencuri dan rumah tersebut pasti berselerak sebab ingin mencari di mana lokasi pemadam kesayangan itu.
Apabila meningkat remaja, ada yang mungkin kehilangan teman sepermainan kerana sudah bertukar sekolah dan mengikut haluan masing-masing.
Tidak kurang juga ada yang sudah merasai kehilangan ahli keluarga yang tersayang termasuklah kehilangan kedua ibubapanya.
Setelah umur menginjak ke alam dewasa, sebenarnya individu semakin kehilangan.
Kehilangan waktu yang sememangnya penting dalam hidup manusia.
Tidak percaya?
Cuba lihat di sekeliling kita. 
Bagi yang bekerja, mereka sibuk dengan kerjaya tanpa sempat untuk merehatkan tubuh badan.
Bagi ibubapa, mereka sibuk dengan urusan hal rumah tangga serta menjaga anak-anak mereka.
Amat jarang untuk kita lihat pada tika ini untuk mereka bersama-sama dalam melakukan aktiviti kekeluargaan, kejiranan.
DAN.. 
Kehilangan itu suatu yang menyakitkan.
Bukan tidak ingin mencari di mana hilangnya sesuatu itu, namun apakah yang dicari itu mampu memberikan pulangan yang sepertimana diharapkan?
Apabila ianya kembali, sudah pasti kita tidak mahu kehilangannya lagi bukan.
Namun, apabila kita perlu bersaing untuk mendapatkannya agar tidak lagi merasai kehilangan yang sama, adakah kita kuat untuk bersaing?
Mampukah kita?
Tepuk dada tanya diri kita.

6 orang sEdaNg MeRePek ^^:

shafiqabdshukor said...

betul tu...
tinggal kenangan je..
masing2 sibuk...
kadang2 hilang sifat kemanusiaan...

Anonymous said...

lumrah kehidupan.. pasti ada kehilangan di sebelah sisi utk memperoleh sisi yg lain.. kan.. :')

anna_nana said...

@shafiqabdshukor

yupp.. hilang lenyap sudah sifat kemanusiaan. hurm

anna_nana said...

@ϟ Zeera AzZahra

yeap.. itulah lumrah kehidupan. sobss :(

Diari Si Froggie said...

betul kehilangan itu sangat menyakitkan.. tapi dengan kehilangan itu lah buat diri kita sentiasa menghargai dan bersyukur dengan apa yg ada :)

*kehilangan org tersayang paling hebat sakitnya ^^

anna_nana said...

@Aida Omar
sobss.. kan akk kan.

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona