Dana Sambung Study

Thursday, December 29, 2011

Buat Bakal Suamiku

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum..

ke hadapan bakal pemimpin hidupku..

Tujuan saya menaip surat ini bukanlah kerana saya rasa tercabar dengan kawan-kawan saya yang masing-masingnya mempunyai pasangan. Tapi tujuan saya menaip surat ini adalah untuk menyuarakan rasa hati saya kepada awak. insya ALLAH tidak dipengaruhi oleh anasir luar tapi hanya kerana izin ALLAH dan hanya kerana ALLAH saya taip surat ini untuk awak.. Saya harap awak turut baca Bismillah sebelum meneliti surat ini.

Bakal pemimpin hidup dan keluargaku,

Sebenarnya, saya tak tahu siapa awak dan kat mana awak sekarang. Mungkin awak adalah salah seorang yang sering terserempak dengan saya atau mungkin juga awak merupakan insan yang sentiasa ada di hadapan saya ataupun siapa aje la awak kan. Tapi, siapa pun awak dalam kehidupan saya buat masa sekarang, sekiranya telah tertulis di Luh Mahfuz bahawasanya awaklah pemilik tulang rusuk ini, saya minta kepada awak. Terimalah saya dengan seadanya dan ikhlas sepertimana saya akan terima awak dengan seadanya.


Saya harap awak terima saya bukan kerana masa silam saya dan bukan kerana fizikal saya kerana saya juga masih seorang insan yang serba kekurangan. Jadikanlah cinta saya kepada awak cinta yang utama setelah cinta awak kepada pemilik alam ini iaitu Allah, Rasul Nya dan juga cinta kepada kedua ibu bapa awak. Di sudut hati saya, saya yakin awak mampu untuk menjadi pemimpin yang tampan budi pekerti, tinggi ilmu agamanya kepada saya dan juga bakal keluarga kita. Insya Allah.

Awak,

Saya tak minta yang soleh ,sebab saya pun bukanlah solehah sangat.. Saya tak minta yang bergelar ustaz alim, sebab saya terlampau jauh untuk mencapai gelaran seorang ustazah.. Nak minta yang kaya, saya pun tak kaya, hanya sekadar apa yang ada.. Nak minta yg hensem, saya tak la cantik, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan.. Nak minta yg berpangkat, saya hanya seorang hamba..Tapi cukuplah sekadar yang. dapat memahami dan menerima diri ini seadanya sebagai seorang isteri yang disayangi bukan disanjungi... Cukuplah yang ada agama di hati dan mengamalkannya agar dapat  sama2 membantu dalam  mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...Dan cukuplah yang sama2 saling membantu dan bertolak ansur dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia..InsyaAllah....
Saya tak pasti apa yang akan berlaku pada masa depan kita nanti. Apakah saya akan dapat membahagiakan awak atau hanya akan menyusahkan awak. Maaf! Saya tidak sesempurna yang awak impikan. Cuma saya harap, awak tak akan marah kalau ada antara bakal perbuatan saya nanti tidak dapat memuaskan hati dan naluri awak sebagai seorang suami. Tegurlah saya dengan penuh kasih sayang. Insya Allah, saya akan cuba perbaiki kelemahan-kelemahan itu. Tidak mengapa kalau awak tidak dapat memewahkan saya dengan harta berkoyan-koyan cukuplah kalau awak dapat memewahkan kehidupan saya dengan menunjukkan jalan ke Syurga Firdausi.

Bakal pemimpinku,

Kalau ditakdirkan jodoh kita panjang, saya nak mintak keizinan awak untuk benarkan saya terus bekerja. Bukan apa, saya nak tanggung kedua ibu bapa saya pulak. Cukuplah masa kecik sampai lah saya masuk U, diorang tanggung saya. Paling-paling tidak, mereka dapat merasa hasil titik peluh saya pulak. Tak salahkan dear? Nanti, kalau saya dah kerja, saya boleh gunakan duit tuh untuk perbelanjaan diri saya dan boleh tong-tong untuk family kita jugak. Saya taknak susahkan awak sebab saya tahu tanggungjawab awak lebih berat daripada saya. Mana nak tanggung adik- adik awak, ibu bapa awak dan juga anak-anak kita nanti kan..Apa-apa pun awak tetap kena utamakan ibu bapa awak dulu. =) Bukanlah maksud saya nie bajet prihatin ke bajet baik ke. Saya cuma inginkan yang terbaik dalam kehidupan kita. Tak salah kan? Lagipun, tak guna la kalau saya dah belajar tinggi-tinggi tapi tak dapat nak aplikasikan dalam kehidupan saya..hehe.

Sayang, awak jangan bimbang. Kalau saya kerja sekalipun, saya tetapkan akan masakkan untuk awak, uruskan rumah tangga. Tapi, awak pun kena la tolong sekali. Apa salahnya saling tolong menolongkan..Tolong menolong tu kan amalan mulia..ehehe. Saya tak harap pun awak macho, sebab bila awak macho, mesti ego awak tinggi. Kalau ego tinggi, mesti la keras kepala kan.. Dah la saya nie pun jenis keras kepala + touching, jadi kalau gaduh tak ke susah nak berdamai. Jadi biarlah awak nie jenis lelaki yang senang berlembut supaya nanti apa-apa masalah boleh dibawa berbincang.. Insya Allah, aman rumah tangga.

Maaf kalau masakan saya tak seperti yang awak harapkan. Saya tak mahir macam chef-chef  dalam program masterchef kalau bab-bab masakan. Sorry taw! Saya akan rasa lagi seronok kalau dapat belajar memasak dari awak.=) Harap awak jenis yang boleh makan apa sahaja tolak kayu dan besi. hehe. Nanti, awak bagitahu la awak suka makan apa..Sebab masa masak, bolehlah saya bukak buku resipi! hikhik

Awak,

Saya doakan semoga sekarang nie awak sedang persiapkan diri awak untuk menjadi imam dalam hidup saya suatu hari nanti. Saya tak kisah dengan kehidupan silam awak sebab kita hidup untuk masa depan bukan untuk masa silam. Jadikanlah masa silam awak itu sebagai suatu pengajaran yang berguna untuk diri awak dan  kita khasnya. Its okey kalau saya tidak menjadi your first love tapi biarlah saya yang mengakhiri kisah cinta awak. Tapi Allah ada cakap, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Awak lelaki yang baik kan. Jadi, saya harus perbaiki diri saya agar sepadan dengan awak. =)

Akhir kalam, bimbingilah saya sekiranya saya ditakdirkan menjadi tulang rusuk awak. Janganlah diherdik di maki akan diri ini. Saya perlukan sokongan awak dalam kehidupan ini. DAN! Ini sangat penting untuk awak baca..Bila kita kahwin nanti,kalau boleh saya nak biar kita ada give and take..Kalau saya masak, awaklah jadi tukang  makan..Bukan tukang komen! =P Tapi kalau tak sedap, awak jangan marah eh. Lepas tuh,  puji la masakan saya  lebih-lebih skit.. Penat masak taw.. Saya nak bila solat awak jadi imam dan saya makmumnya. Awak baca doa, saya tukang aminkan. Kalau saya merajuk, awak pujuklah. Tapi kalau awak merajuk, awak pujuk diri sendiri ye. Ehehe, gurau je.. Takkan la saya sanggup nak tengok muka monyok awak tu. Saya takut nanti tak dapat cium bau syurga. Kalau bolehkan awak, saya nak awak mewahkan saya dengan suara merdu awak mengalunkan bacaan kitab suci Al-Quran sebelum tidur.

So,awak..Cepat-cepat la cari saya..Saya takut nak cari awak. Takut nanti tersalah pilih lagi. Kalau betul awak dah jumpa cari saya, dan ingin jadikan saya sebagai milik awak yang sah dan halal, teruslah hantar rombongan jumpa family saya. Insya Allah, kalau jodoh kita kuat. Family saya tak akan keberatan untuk menerima awak sebagai salah seorang family saya. Kalau awak tanya saya pun, saya tak dapat bagi jawapan sebab jawapan itu terletak dekat family saya. =)

Panjangkan celoteh saya..Hehe.Maaf sebab dah ambil masa awak! Sekian sahaja dari saya. Semoga awak sentiasa berada di dalam naungan cahaya Illahi. Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita berdua. Amiin.. Saya akan sentiasa menunggu kehadiran awak..Saya janji..=)





Wassalam..

Bakal isterimu.

p/s : thanks cha sebab bagi pinjam gambar! =)

5 orang sEdaNg MeRePek ^^:

josrevalution said...

wao3... panjangnya..x sanggup nak belai..hehe.. er mane banner ko?

Princess Fiona Bini Shrek said...

@josrevalution
ahaha...tolong la baca! :P
ala..xsiap lagi la jr..sabo2//

Saddila said...

wooo semoga bertemu dengan lelaki yang menjadi pilihan . CINTA SEJATI TIDAK MEMERLUKAN SESEORANG YANG SEMPURNA :))

*er dah baca entry dila ? -_-'

Pondok Usang said...

jodoh oh jodoh...

selamat tahun baru dik..

Zie Noorzail said...

Acehhhh..cehhh..acccuuuum! Wat kami tersedak!

Aiman kata dia dah tak sabar nak jumpa Pak Su. Nak ajak main futsal dan paww..belanja kat KFC...Wuna ..asik delay jerk!

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona