Dana Sambung Study

Tuesday, December 21, 2010

sUdUt ilMu _StReSS_

Assalamualaikum.....

okei..pada malam yg hening nie, aku yg bernama kechik akn berbicara sal stress..haha...cam pe je..korg sume mesti penah rasa stress kan??tapi korang taw x ap itu STRESS?? mesti korg jawab..alah! stress tu kan tekanan perasaan..okei, kechik tima jawapan itu.. sekarang kechik ngn penuh rasa rendah diri nk share sedikit ilmu yg berkaitan ngn perihal STRESS nie..zassss

apa itu stress??

stress aka tension secara umumnya  merujuk kepada ransangan  ataupun tindak balas yang terlibat dalam proses stress.

berapa peringkat stress?


stress nie sebenarnya kalo korang nk tahu.ada 3 peringkat semuanya ; peringkat amaran, rintangan dan keletihan.

peringkat amaran bermula apabila minda mengenalpasti ancaman yang merupakan pencetus stresstubuh badan akan bertindak balas dengan mengaktifkan sistem saraf simpatetik dan paksi hipothalamic-pituitari-adrenal yang menghasilkan hormon kortisol. pengaktifan  sistem saraf dan hormon nie mengakibatkan perubahan fisiologi seperti peningkatan kadar denyutan jantung, pernafasan, tekanan darah n sebagainya. peringkat ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan individu tersebut tersebut seterusnya melakukan suatu tindakan bagi mengatasi  atau menghilangkan pencetus stress. sekiranya pencetus stress nie still berlanjutan, tindak balas stress akan memasuki peringkat kedua iatu rintangan


peringkat kedua nie tubuh badan mula menyesuaikan diri dengan kewujudan ancaman atau cabaran yang mencetuskan stress tadi. keupayaan untuk menangani stress akan menigkat dan kemudiannya mula menurun apabila sumber pada individu mula kehabisan.

peringkat ketiga iaitu keletihan akan berlaku apabila sumber badan telah kehabisan . keupayaan menanggung stress akan berkurangan  dan ahirnya kegagalan atau kerosakan sistem tubuh badan berlaku.

apakah tanda-tanda stress jangka pendek?

antara tanda-tandanya :
  1. mempercepatkan kadar denyutan jantung dan pernafasan
  2. meningkatkan perpeluhan
  3. menyebabkan tangan,kaki dan kulit menjadi sejuk
  4. menimbulkan rasa kurang selesa di perut
  5. otot-otot menjadi kejang
  6. mulut berasa kering
  7. kerap membuang air kecil
apa pula tanda-tanda stress jangka panjang?
  1.  mengubah selera makan sama ad kurang makan atau terlebih makan
  2. mengubah tabiat tidur sama ada tidur yang sedikit ataupun tidur yang berlebihan
  3. meningkatkan tingkah laku seperti gigit jari ataupun jalan mundar mandir dengan gelisah
  4. mudah terkena jangkitan penyakit
  5. timbul gangguan psikologi

apakah punca stress?

sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan akan dinilai terlebih dahulu oleh minda sebelum dianggap  sebagai berupaya menimbulkan ancaman , kehilangan , kerosakan tau sebaliknya. minda akan menilai sejauh manakah stress yang dapat ditimbulkan oleh masalah itu dan dalam masa yang sama berapa banyakkah sumber yang dapat digerakkan untuk berhadapan dengannya. semakin besar jurang antara tuntutan stress dengan sumber yang ada maka semakin kuatlah stress itu.
contohnya,kita sebagai seorang pelajar.kita tidaka kan berasa stress andainya kita menerima sesuatu keputusan ataupun kita yakin kita akan mendapat keputusan yang kita inginkan. sebaliknya kita akan berasa stress sekiranya kita menilai peluang kita untuk mendapat sesuatu keputusan yang memuaskan itu adalah tipis.

bagaimana nak mengendalikan stress?

terdapat dua pendekatan untuk menangani stress ini.

pendekatan pertama kita fokuskan masalah dengan menangani punca stress itu sendiri.
pendekatan kedua pula kita berfokuskan emosi dengan mengawal kesan negatif terhadap emosi yang ditimbulkan oleh stress.

strategi yang baik adalah menggunakan pendekatan pendekatan yang pertama untuk mengurangkan masalah yang dihadapi sebanyak mungkin.pendekatan kedua  digunakan untuk menangani sisa-sisa stress yang terjadi akibat masalah tadi.

individu yang kurang kemahiran dalam pengendalian stress mungkin akan memilih penyelesaian yang bersifat jangka pendek yang salah dan kemudiannya akan menjadi tabiat buruk. mungkin akan terjadinya ketagihan dadah dan sebagainya.

sekian sahaja dari kechik..hiik

bak kata teman saya "kita kena suka dengan stress"

p/s : tanganilah stress dengan baik..^^

0 orang sEdaNg MeRePek ^^:

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona