Dana Sambung Study

Wednesday, December 22, 2010

Bersihkan Hati


Puncak kejayaan seseorang itu alat ukurnya adalah dapat berjumpanya dengan Allah.
Ingatlah,  " Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun.
Kecuali ( harta benda dan anak-pinak ) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera ( dari syirik dan penyakit munafik ); "
QS Asy Syu'araa': 88 - 89

FirmanNya, " Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya ( dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya );
Serta mengilhamkannya ( untuk mengenal ) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih ( dengan iman dan amal kebajikan ),. "
QS Asy Syams : 7- 9

Kerananya pembahasan dalam rahsia meraih kejayaan yang meliputi beribadah dengan benar, berakhlak baik, belajar tiada henti, bekerja keras dengan cerdas, bersahaja dalam hidup, dan bantu sesama, semuanya ini baru akan diterima oleh Allah sebagai amal bila dilakukan dengan ikhlas, buah dari hati yang selalu bersih.

Maka kunci kejayaan ada pada kegigihan menjaga kebeningan hati agar sekecil apapun amal kita dapat diterima oleh Allah. Allah Yang Maha Mengetahui tidak akan menerima amal kecuali amal yang ikhlas. Amal besar tetap tertolak jika tidak ikhlas.

Hati boleh kotor baik saat sebelum beramal, sedang beramal atau setelah beramal. Kotor hati sebelum beramal iaitu niat yang sering salah. Mithalnya, kita bersedekah, tetapi niatnya ingin disebut dermawan, takut disangka bakhil, kikir atau supaya tidak diganggu.

Kotor hati ketika sedang beramal iaitu riak ( menonjol diri, ingin dilihat........... ). Mithalnya, kita ingin dilihat orang saat sedekah ratusan ribu, ingin diketahui orang jika mengeluarkan zakat dalam jumlah besar. Padahal berzakat itu bukan sebuah prestasi kerana zakat adalah kewajipan, jika tidak menunaikan bererti berdosa.

Kotor hati setelah beramal iaitu pertama, menceritakan amal, mithalnya menceritakan jumlah sedekah. Menceritakan kebaikan boleh sajhaa, tetapi Allah Maha Mengetahui niat di balik setiap cerita, apakah niatnya mengajak orang lain bersedekah atau ingin disebut ahli sedekah. Atau, menceritakan tentang seringnya kita beribadah haji. Kalau niatnya memotivasi orang yang lain, mudah-mudahan menjadi amal kebaikan, tapi kalau sekadar untuk menunjuk-nunjuk, boleh jadi kita justeru lebih buruk dari orang yang belum
beribadah haji.

Kedua, takbur iaitu merasa diri dapat berbuat, merasa lebih dengan merendahkan orang lain. Mithalnya kita merasa berjasa lantaran menyekolahkan, memberi pekerjaan, atau mengajari seseorang. Padahal hakikatnya Allahlah yang berbuat, kita hanyalah dijadikan jalan pertolongan bagi hamba-hambaNya.

Ketiga, 'ujub iaitu merasa diri berbeza dari yang lain, mungkin tidak berbicara / menceritakan, tetapi hati kecilnya merasa lebih dari yang lain. Mithalnya, kita rajin membaca Al Quran, shaum atau tahajud, tetapi ketika melihat ada orang yang jarang membaca Al Quran, shaum atau tahajud, hati kecil kita meremehkannya dan kita merasa paling sholeh. Padahal hanya Allah Yang Maha Mengetahui siapa yang lebih ikhlas dalam beramal di antara hamba-hambaNya. Kerananya kita tidak cukup hanya beramal, kita juga
harus menjaga penyakit hati di awal, di tengah, mahupun akhir amal-amal kita.

Ketika hati kita bersih, orang menghargai kita insyaAllah kerana kemuliaan peribadi kita, tetapi yang terpenting adalah hati yang bersih akan membuat amal kita diterimaNya dan Allah berkenan menjamu kita di akhirat kelak. Tiada kejayaan kecuali orang yang berhasil berjumpa dengan Allah, buah dari qolbun saliim, hati yang selamat, yang bersih dari kebusukan.

Ya Allah, ampuni seluruh dosa-dosa kami, hapuskan sekelam apapun kesalahan kami, hapuskan sekotor apapun aib-aib kami. Ya Allah bersihkan diri kami dari segala kesombongan dan sifat riak kami selama ini. Ampuni jikalau Engkau menyaksikan kami 'ujub. Juga ampuni segala kedengkian dan kebencian kami terhadap apapun dan siapa pun yang Engkau cintai.

Ya Allah, bersihkan hati kami sebersih-bersihnya, jadikan hati ini hanya puas dengan redhaMu. Jadikan hati kami hati yang bening, hati yang selalu nikmat dengan apapun yang terjadi.
 
Ya Allah, jauhkan hati ini dari segala kebusukan hati. Berikan kepada kami kebahagiaan seperti nikmat yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang sholeh. Berikan kepada kami kesanggupan rendah hati dan kenikmatan beramal dengan tulus dan ikhlas.

Wahai Allah, hanya Engkaulah tumpuan harapan kami, kepadaMu lah kembalinya segala urusan, terimalah amal-amal kami. 

p/s : pagi nie kechik lam mood tazkirah.....oo yeah

1 orang sEdaNg MeRePek ^^:

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik

 
Teratak ini kepunyaan Puteri Fiona